PELAKON Charles Levin, yang muncul dalam “Seinfeld,” dipercayai mati selepas keretanya terkandas di jalan terpencil di negeri barat laut Oregon, kata polis.
Polis dan pekerja penyelamat mencari Levin, 70, beberapa hari yang kenderaannya dikesan pada Sabtu lalu terkandas di jalan yang “hampir tidak dilalui” oleh penduduk, kata Jabatan Keselamatan Awam Grants Pass.
Mayat manusia ditemui selepas beberapa jam mencari di kawasan yang curam dan berbatu di sekitarnya.
“Berdasarkan keadaan, ada kebarangkalian yang tinggi mayat itu adalah Charles Levin,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan pada Ahad.
Anjing Levin turut ditemui mati berhampiran kenderaannya.
Beliau mempunyai peranan kecil dalam filem Woody Allen “Annie Hall” dan “Manhattan,” serta “This is Spinal Tap”.
Levin terkenal dengan watak tetap dalam sitkom “Alice” dan “Hill Street Blues” pada tahun 1980-an.
Menurut IMDb, beliau bersara daripada lakonan pada 1998 dan berpindah ke Oregon.
Beliau dilaporkan hilang awal minggu lalu oleh anaknya yang tinggal di Los Angeles, lapor media tempatan. – AFP, 16 Julai, 2019.
Komen