SINDIKET dadah antarabangsa menjadi dalang pengeboman sambutan Hari Easter di Sri Lanka, kata pemimpin negara itu semalam, walaupun sebelum ini menyalahkan pihak radikal Islam.
Kenyataan itu dibuat ketika tindakan keras narkotik di seluruh negara, dengan Presiden Maithripala Sirisena ingin memperkenalkan semula hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah.
Pihak berkuasa sebelum ini berkata kumpulan radikal tempatan Thowheeth Jama’ath Nasional (NTJ) bertanggungjawab terhadap pengeboman bunuh diri di gereja dan hotel yang membunuh sekurang-kurangnya 258 orang pada April. Kumpulan militan Islamic State kemudiannya mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Pejabat Sirisena berkata sehari selepas pengeboman, pengganas tempatan dan kumpulan pengganas antarabangsa bertanggungjawab bagi insiden maut itu.
Tetapi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya pada Isnin, Sirisena berkata serangan itu “adalah kerja pengedar dadah antarabangsa”.
“Raja dadah melakukan serangan ini untuk mencemarkan saya dan menentang anti narkotik saya. Saya tidak akan mampu dihalang,” katanya.
Sirisena sedang berusaha untuk memperkenalkan yang digantung sejak 1976.
Jurucakap Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe menolak dakwaan presiden.
“Polis menyelesaikan siasatan dalam masa dua minggu,” kata Sudarshana Gunawardana kepada AFP.
“Tiada penjelasan mengenai pengedar dadah yang terlibat. Kami tidak mempunyai sebab untuk meragui penyiasat kami.”
Beliau berkata proses keadilan yang pantas lebih baik untuk menghalang pengedar dadah berbanding ancaman hukuman mati.
“Kami tidak percaya dengan menggantung orang akan menangani isu ini, terutamanya memandangkan ia mengambil masa beberapa dekad untuk mendapatkan sabitan.”
Pengadilan Sri Lanka mengambil purata 17 tahun untuk menyelesaikan perbicaraan jenayah bagi kesalahan berat seperti pembunuhan dan rogol.
Pegawai polis berkata siasatan terhadap pengeboman bunuh diri pada 21 April masih berterusan, dan kesemua lebih 100 orang dalam tahanan adalah warga Sri Lanka.
“Kami akan meneruskan kepada dasar bahawa ini adalah satu jenayah yang dirancang dan dilaksanakan oleh sekumpulan orang Islam radikal Sri Lanka,” kata seorang pegawai kanan polis kepada AFP yang meminta agar namanya tidak disiarkan.
“Semua orang yang terlibat dalam serangan sama ada mati atau dalam tahanan.”
Sirisena memberi sokongan kepada masyarakat untuk menamatkan moratorium hukuman mati, dengan mengatakan hukuman gantung akan menghalang pengedaran dadah haram.
“Sekiranya kerajaan meneruskan undang-undang untuk menghapuskan hukuman mati, saya akan mengisytiharkan hari berkabung negara,” kata Sirisena dalam kenyataan itu, sambil menambah pendapat orang ramai menyokong penjenayah dihukum mati. – AFP, 16 Julai, 2019.
Komen