LIMA tahun lalu, pesawat Malaysian Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh di udara di timur Ukraine menyebabkan 298 penumpang dan anak kapal terkorban.
Insiden melibatkan pesawat jenis Boeing 777 yang sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur menyebabkan sekatan terhadap Rusia, siri siasatan antarabangsa serta pertuduhan jenayah.
Berikut merupakan persoalan mengenai tragedi 17 Julai, 2014 itu:
Apa yang berlaku?
Kira-kira tiga jam selepas berlepas dari lapagan terbang di Schiphol, MH17 hilang dari radar ketika memasuki ruang udara timur Ukraien yang dikuasai pemberontak pro-Rusia, yang mana konflik berlarutan sejak berbulan.
Serpihan pesawat berkenaan jatuh berhampiran perkampoungan di Grabove, meninggalkan mayat lelaki dan wanita, dan ada yang masih berada di tempat duduk, berterabur di kawasan tanaman bunga matahari.
Daripada 283 penumpang, 196 daripadanya adalah warga Belanda dan 38 warga Australia. Terdapat 15 kru dalam pesawat itu.
Tragedi itu merupakan yang kedua selepas kehilangan pesawat MH370.
Apa reaksi dunia?
Penembakan MH17 mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.
Presiden Amerika Syarikat ketika itu Barrack Obama menyalahkan sistem peluru berpandu BUK dan menegaskan ia ditembak dari kawasan yag dikawal oleh puak pemisah. Presiden Ukraine Petro Poroshenko menyifatkan ia sebagai “tindakan pengganas”.
Moscow segera menafikan dakwaan mereka dan membuat beberapa teori, termasuk pesawat berkenaan ditembak jatuh jet pejuang Ukraine atau BUK Ukraine.
Negara Barat mengenakan sekatan terhadap Rusia selepas insiden itu, memperketatkan langkah yang dikenakan.
Kesatuan Eropah melanjutkan sekatan bulan lalu, menggesa Rusia untuk bekerjasama dalam siasatan.
Apa hasil siasatan?
Siasatan yang diketuai oleh Belanda ke atas tragedi itu sejak lima tahun lalu dengan teliti mengecilkan punca bencana, dan penyebabnya.
Lembaga Keselamatan Belanda pada September 2014 berkata, MH17 berkecai selepas terkena serpihan “objek berkelajuan tinggi”.
Pada Ogos 2015, ia menyatakan telah mengenal pasti serpihan “yang mungkin” dari sistem peluru berpandu BUK, yang dimiliki oleh Moscow dan Kiev.
Pada Oktober tahun yang sama, ia membuat kesimpulan pesawat berkenaan ditembak jatuh peluru berpandu dari timur Ukraine yang menyebabkan bahagian kiri di luar kokpit meletup. – AFP, 15 Julai, 2019
Berita penuh di sini.
Komen