Mahkamah akan ditangguh awal esok untuk Najib hadir Parlimen


Bede Hong

Najib Razak perlu hadir ke Parlimen esok atas kapasitinya sebagai pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Julai, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan menangguhkan perbicaraan SRC International berkaitan Najib Razak lebih awal pagi esok bagi membolehkan bekas perdana menteri itu hadir perbahasan dan pengundian rang undang-undang menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Hakim Mohd Nazlan Mphd Ghazali membenarkan permohonan pembelaan untuk penangguhan awal pagi esok pada perbicaraan hari ini.

Nazlan bersetuju dengan permintaan itu “kerana diberikan notis awal untuk hadir Parlimen dan kepentingan pengundian isu itu”.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah yang kehadiran Najib diperlukan kerana beliau adalah pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional.

Parlimen akan berbahas dan mengundi esok untuk pindaan perlembagaan bagi menurunkan had umur pengundi kepada 18 berbanding 21 tahun sekarang.

Perubahan itu akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun yang secara automatik akan didaftarkan sebagai pengundi dan layak bertanding sebagai calon pilihan raya. – 15 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen