EMPAT kanak-kanak mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda sebelum melakukan perjalanan sejauh 1,000 kilometer merentasi Australia sebelum ditahan polis, kata pihak berkuasa pada Isnin.
Seorang kanak-kanak lelaki berumur 14 tahun, dua orang berumur 13 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan bermumur 10 tahun memulakan perjalanan mereka pada Sabtu selepas mengambil wang tunai dan peralatan memancing dalam sebuah kenderaan milik keluarga salah seorang daripada mereka di bandar Rockhamton, Queensland, kata polis.
Salah seorang kanak-kanak terbabit meninggalkan nota kepada keluarganya dan memaklumkan mengenai rancangannya itu.
Polis Queensland berkata, kereta dinaiki kumpulan kanak-kanak terbabit dikesan pada pagi Ahad di pekan Banana, yang mana kanak-kanak terbabit didakwa encuri petro sebelum meneruskan perjalanan ke selatan.
Kenderaan itu ditemui pada malam Sabtu berhampiran Grafton, bersebelahan negeri New South Wales iaitu kira-kira 11 jam memandu dari Rockhampton.
Polis New South Wales berkata, pegawainya terpaksa memecahkan kenderaan tu selepas kanak-kanak terbabit enggan keluar.
“Mereka bertindak mengunci kenderaan dari dalam dan polis terpaksa menggunakan belantan untuk memecahkan tingkap dan menahan mereka,” kata Inspektor Darren Williams kepada pemberita.
Tidak dapat dipastikan siapa yang memandu, namun kata Williams, mereka dipercayai memandu secara bergilir-gilir.
“Jarak dari Rockhampton ke Grafton sangat jauh iaitu 1,000 kilometer,” katanya.
“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana mereka boleh memandu dalam jarak itu dalam dua hari.” – AFP, 15 Julai, 2019
Komen