KECUAIAN adalah punca Jabatan Kerja Raya (JKR) membayar kos pengambil alihan tanah untuk projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) sebanyak dua kali, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1.
Laporan mendedahkan JKR membayar RM93,095 walaupun hanya perlu membayar RM46,547.50 untuk pampasan tanah itu.
“Bayaran tambahan sebanyak RM46,547.50 adalah disebabkan kecuaian JKR membuat pembayaran dua kali.”
Laporan menambah yang walaupun wujud cubaan mendapatkan semula bayaran itu, ia tidak berjaya.
JKR mendapat skor paling rendah dalam kalangan 17 jabatan kerajaan yang disiasat Pejabat Audit Negara. Bagaimanapun, ia masih diberikan taraf “baik”. – 15 Julai, 2019.
Komen