Kerajaan BN terlebih bayar subsidi LPG sebanyak RM1.17 bilion, dedah laporan audit


Ragananthini Vethasalam

Kumpulan sasaran subsidi LPG sepatutnya adalah pengguna domestik. Bagaimanapun, laporan mendapati pengguna komersial yang tidak layak juga mendapat subsidi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Julai, 2019.

KERAJAAN Barisan Nasional terlebih belanja sebanyak RM1.717 bilion antara 2015 hingga 2017 untuk subsidid gas cecair petroleum (LPG) apabila tersilap kumpulan sasar, dedah Laporan Audit Negara 2018 Siri 1.

Kumpulan sasaran subsidi LPG sepatutnya adalah pengguna domestik. Bagaimanapun, laporan mendapati pengguna komersial yang tidak layak juga mendapat subsidi.

Pengurusan subsidi adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kementerian Kewangan bertanggungjawab menentukan dasar dan kadar susbsidi bulanan mengikut harga pasaran. Ia jua bertanggungjawab dalam pembayaran subsidi kepada lima pembekal.

Putrajaya membelanjakan RM4.409 bilion untuk subsidi LPG antara 2015 dan 2017, 38.9% lebih tinggi berbanding jumlah sepatutnya.

Laporan menyatakan kerajaan sepatutnya membayar hanya RM730.08 juta pada 2015, RM676.08 juta pada 2016 dan RM1.285 bilion pada 2017.

Sebaliknya, ia membayar RM1.245 bilion pada 2015, RM1.094 bilion pada 2016 dan RM2.069 bilion pada 2017.

Laporan menyebut pengurusan program subsidi tidak cekap dan ketiadaan prosedur operasi standard (SOP) dan sistem menyebabkan pembaziran itu. – 15 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen