Menteri kabinet baharu Thailand angkat sumpah esok 


Majlis angkat sumpah akan diadakan di hadapan Raja Thailand, berlangsung di Dewan Amphorn Sathan.– Gambar EPA, 15 Julai, 2019

BARISAN menteri kabinet baharu Thailand akan mengangkat sumpah jawatan pada 16 Julai, lapor agensi berita Thailand (TNA) memetik setiausaha agung kabinet.

Perkara itu dimaklumkan Theerapong Wongsivawilat menerusi surat yang dihantar kepada Kabinet.

Majlis angkat sumpah akan diadakan di hadapan Raja Thailand, berlangsung di  Dewan Amphorn Sathan.

Sejurus selepas majlis itu, perdana menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan barisan menteri kabinet, antara lain bagi membincangkan dasar kerajaan yang akan diumumkan di parlimen, kata Theerapong. – Bernama, 15 Julai, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen