Novak Djokovic kalahkan Roger Federer di Wimbledon


Djokovic menewaskan Federer dengan skor 7-6 (7-5), 1-6, 7-6 (7-4), 4-6 dan 13-12 (7-3) untuk memenangi merangkul kejuaraan Wimbledon kelimanya. – Gambar EPA, 15 Julai, 2019.

PEMAIN tenis nombor satu dunia Novak Djokovic meraih kejuaraan kategori lelaki perseorangan Wimbledon 2019 selepas menewaskan lawannya Roger Federer dalam aksi final pada Ahad yang berlangsung hampir lima jam, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Djokovic menewaskan Federer dengan skor 7-6 (7-5), 1-6, 7-6 (7-4), 4-6 dan 13-12 (7-3) untuk memenangi merangkul kejuaraan Wimbledon kelimanya.

Pemain Serbia berusia 32 tahun itu sebelum ini memenangi kejohanan Wimbledon pada 2011, 2014, 2015 dan 2018.

Selain trofi Wimbledon, Djokovic membawa pulang hadiah wang sebanyak £2.35 juta (AS$2.95 juta). – Bernama, 15 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen