Pembangkang mahu Guan Eng dikenakan tindakan tatatertib


Ragananthini Vethasalam

Ismail Sabri Yaakob dakwaan menteri kewangan mengenai duit bayaran balik GST didapati tidak benar oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Julai, 2019.

ISMAIL Sabri mahu tindakan tatatertib diambil terhadap Lim Guan Eng kerana mengelirukan Parlimen berhubung dakwaannya yang wang bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dicuri oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua pembangkang berkata, dakwaan menteri kewangan yang merupakan ahli Parlimen Bagan, didapati tidak benar oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan .

“Bagan membuat tuduhan bahawa duit bayaran balik cukai GST yang terhutang sebanyak RM19.4 bilion dicuri.”

“Adalah jelas daripada keputusan PAC tiada wang yang dicuri. Oleh itu, saya ingin meminta Bagan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana mengelirukan Dewan. “

Timbalan Speaker Nga Kor Ming meminta pembangkang mengemukakan usul kepada speaker.

“Hantar usul rasmi kepada speaker. Kami akan melihatnya,” kata Nga.

Gesaan Ismail dibuat selepas laporan PAC dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini.

Pengerusi PAC, Noraini Ahmad berkata kerajaan BN terlebih menganggar kutipan GST.

Oleh itu, wang yang diketepikan untuk bayaran balik, digunakan untuk perbelanjaan.

“Kerajaan sebelum ini tersilap anggar kutipan GST kerana ia hanya 65% daripada GST yang dipungut,” katanya.

“Wang itu tidak hilang,” katanya dalam satu kenyataan. – 15 Julai, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen