PTPTN kutip RM6.23 bilion daripada peminjam sehingga Mei


Ragananthini Vethasalam

Peminjam di peringkat umur 20 hingga 29 tahun menyumbang jumlah pembayaran balik tertinggi, iaitu kira-kira RM3.30 bilion daripada keseluruhan jumlah kutipan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Julai, 2019.

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya mengutip pembayaran balik pinjaman sebanyak RM6.23 bilion daripada 1.13 juta peminjam kata Maszlee Malik memberitahu Parlimen.

Menteri pendidikan itu berkata, kutipan itu bagi tempoh 2013 hingga Mei tahun ini.

Beliau memberitahu Dewan, peminjam di peringkat umur 20 hingga 29 tahun menyumbang jumlah pembayaran balik yang tertinggi, iaitu kira-kira RM3.30 bilion daripada keseluruhan jumlah kutipan.

Ini diikuti oleh mereka yang berumur antara 30 hingga 39 tahun dengan jumlah kutipan sebanyak RM2.65 bilion.

Maszlee berkata kementerian sudah mengeluarkan kertas konsultasi antara 16 Mei dan 13 Jun bagi mengumpul maklum balas daripada orang ramai mengenai mekanisme terbaik untuk pembayaran balik pinjaman PTPTN.

“Hasilnya akan dikaji semula oleh panel penasihat khas untuk menentukan cadangan terbaik bagi mekanisme pembayaran balik pinjaman.”

“Ini akan dibentangkan kepada Kabinet untuk kelulusan.”

Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata penemuan itu akan dibentangkan kepada Kabinet pada bulan Ogos. – 15 Julai, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen