GEREJA Anglican di Kanada yang mempunyai lebih 500,000 ahli, menolak usul untuk meminda definisi perkahwinannya bagi membenarkan perkahwinan sejenis.
Usul itu dibawa ke perhimpunan agung gereja, yang boleh mengubah hukum gereja untuk mengeluarkan rujukan penyatuan antara lelaki dan wanita.
Untuk lulus, cadangan itu memerlukan majoriti dua pertiga daripada setiap tiga kumpulan perwakilan: orang biasa, golongan paderi dan biskop.
Usul itu diluluskan dalam undian pertama pada perhimpunan agung tiga tahun lalu, tetapi ia perlu disahkan pada dua mesyuarat berturut-turut.
Satu lagi usul diluluskan pada mesyuarat di Vancouver itu memberi ruang untuk setiap jemaah boleh memilih mengendalikan perkahwinan sejenis dengan cara sendiri, bermakna mereka boleh menjalankan perkahwinan gay.
Sesetengah jemaah melakukan perkahwinan sejenis sejak 2016. Kanada membenarkan perkahwinan gay sejak 2005. – AFP, 15 Julai, 2019.
Komen