Rasis, Trump suruh anggota kongres wanita ‘balik’ ke negara asal


Presiden AS Donald Trump menyindir anggota kongres wanita Demokrat supaya balik ke negara asal mereka. – Gambar EPA, 15 Julai, 2019.

PRESIDEN Donald Trump semalam berkata kepada seorang anggota kongres wanita Demokrat yang tidak dinamakan, “pergi balik” ke tempat asal anda, menyebabkan anggota kanan parti itu melabelnya sebagai “rasis”.

Di Twitter, Trump berkata kepada “anggota kongres wanita Demokrat yang progresif”, di mana merujuk kepada sekumpulan wanita muda yang lantang bersuara, liberal, dan wakil rakyat kali pertama.

Mereka termasuk Alexandria Ocasio-Cortez (New York), anggota kongres Minnesota Ilhan Omar dan Rashida Tlaib dari Michigan.

Trump tidak menyebut nama tetapi berkata mereka “asalnya datang dari negara yang kerajaannya tidak lengkap dan huru-hara, paling teruk dan rasuah di mana-mana saja di dunia ini”.

Beliau menuduh kumpulan wanita terbabit “dengan kejam beritahu rakyat AS, negara paling hebat dan berkuasa di dunia, bagaimana untuk kerajaan ditadbir”.

“Kenapa mereka tidak balik dan bantu tempat asal mereka yang memang hancur dan penuh jenayah?”

Ocasio-Cortez yang lahir di New York, berketurunan dari Puerto Rico, wilayah AS.

Tlaib, yang lahir di Detroit, adalah anggota Kongres pertama yang berketurunan Palestin.

Omar, yang melarikan diri dari Somalia ketika kanak-kanak ke AS sebagai pelarian, adalah wanita Islam berkulit hitam yang pertama menjadi anggota Kongres. – AFP, 15 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen