BEKALAN elektrik terputus di Manhattan New York yang menyebabkan seluruh bandaraya itu bergelap, melumpuhkan sistem pengangkutan awam dan memadamkan semua papan tanda di Time Square, kembali pulih.
Terdahulu, kira-kira 42,000 pengguna terputus bekalan elektrik, kata syarikat utiliti itu Con Edison, yang tidak menyatakan punca insiden berkenaan.
Bekalan elektrik kembali pulih kira-kira pukul 10 malam waktu tempatan, yang diikuti dengan sorakan dan tepukan oleh penduduk di kawasan terjejas.
Datuk Bandar Bill de Blasio menerusi Twitter berkata, insiden itu berpunca daripada kebakaran di “laluan bawah tanah”, namun kemudian memberitahu CNN puncanya masih disiasat.
Terdahulu hari ini, gambar keadaan jalan raya, bangunan dan apartmen di bandar raya itu diselubungi kegelapan tersebar di media sosial.
Masalah bekalan elektrik itu turut mengganggu rangkaian oengangkutan awam di kota yang paling terkenal di Amerika Syarikat itu, kata Pihak Berkuasa Pengangkutan New York menerusi Twitter yang menggesa orang ramai elakkan menggunakan kereta api bawah tanah buat sementara waktu.
Piha bomba turut menerima banyak panggilan kecemasan terutamanya mereka yang terperangkap dalam lif. – AFP, 14 Julai, 2019
Komen