PIHAK berkuasa mengeluarkan amaran hujan lebat dan kemungkinan berlaku taufan pada Ahad selepas ribut tropika Barry melanda Louisiana, Amerika Syarikat menyebabkan banjir di kebanyakan kawasan.
Bermula sebagai hurikan di Lautan Atlantik, Barry mula perlahan dan menjadi ribut tropika namun ia masih mampu membawa kerosakan.
Semua penerbangan di lapangan terbang terbesar di New Orleans dibatalkan, ribuan penduduk dipindahkan manakala puluhan ribu penduduk berdepan masalah terputus bekalan elektrik.
Bagaimanapun Datuk Bandar LaToya Cantrell menggesa penduduk agar sentiasa bersiap sedia.
“Kita masih lagi berdepan ancaman,” katanya dan menambah banjir kilat akan berlarutan sehingga Ahad.
Sementara itu, Gabenor Louisiana John Bel Edwards berjata, ribut berkenaan mungkin akan berlarutan sehingga Ahad yang mana kebanyakan kawasan berdepan hujan lebat sepanang malam.
“Jangan fikir kita sudah terlepas daripada ancaman,” katanya pada sidang media.
Ribut berkenaan membawa angin berkkelajuan 75 kilometer sejam dan berada di barat bandar Alexandria menuju ke utara, kata Pusat Hurikan Negara.
“Barry masih lagi ribut yang bahaya dengan impak yang semakin meningkat,” kata Pusat Kaji Cuaca menerusi Twitter. – AFP, 14 Julai, 2019
Komen