Gempa 6.6 magnitud landa Barat Laut Australia 


Gempa berkenaan melanda pada kedalaman 10 kilometer di Lautan Hindi kira kira 203 kilometer dari pusat peranginan Broome. – Gambar Google, 14 Julai, 2019

GEMPA kuat berukuran 6.6 magnitud melanda Barat Laut Australia pada Ahad, menyebabkan gegaran pada bangunan namun tiada laporan kerosakan atau kecederaan direkodkan.

Gempa berkenaan melanda pada kedalaman 10 kilometer di Lautan Hindi kira kira 203 kilometer dari pusat peranginan Broome lapor Pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat. Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.

Sarjan Neil Gordon dari Jabatan Polis Broome berkata, gegaran itu dirasai di bandar berkenaan lebih dari seminit.

“Bangunan di sini bergegan kira-kira lebih seminit setengah,” katanya kepada AFP ketika dihubungi.

Tambahnya, tiada laporan kecederaan atau kerosakan di seluruh kawasan terbabit susulan gegaran itu. – AFP, 14 Julai, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen