WAKIL rakyat DAP Kasthuriraani Patto hari ini membuat laporan polis berkenaan penjualan terbuka pil berbahaya untuk penguguran kehamilan didalangi pihak tertentu.
Bercakap di Balai Polis Dang Wangi, ahli Parlimen Batu Kawan itu berkata pil itu dijual atas talian dan dibeli pelajar sekolah dan universiti.
“Rakyat perlu memainkan peranan utama membantu Kementerian Kesihatan memerangi isu ini. Mereka perlu buat laporan jika mereka tahu mengenai perdagangan haram ini.
“Pil atau dadah ini dikenali sebagai mifepristone dan rakyat perlu memandang berat isu ini kerana ia menjejaskan generasi muda,” katanya selepas membuat laporan polis.
Penguguran kehamilan di Malaysia adalah jenayah kecuali untuk kes-kes tertentu. – 14 Julai, 2019.
Komen