Turki abai amaran AS, teruskan penerimaan sistem peluru berpandu Rusia


Pesawat keempat Rusia yang membawa bahagian S-400 selamat mendarat di Lapangan Terbang Murted di luar Ankara. – Gambar AFP, 14 Julai, 2019.

TURKI tidak mempedulikan amaran Amerika Syarikat (AS) apabila ia meneruskan penerimaan penghantaran sistem peluru berpandu S-400 di Rusia berhampiran Ankara pada Sabtu, kata kenyataan pertahanan negara.

“Penghantaran Sistem Pertahanan Peluru Berpandu dan Pertahanan Udara Jarak Jauh S-400 diteruskan hari ini,” kata kenyataan itu.

“Pesawat keempat Rusia yang membawa bahagian S-400 selamat mendarat di Lapangan Terbang Murted di luar Ankara,” katanya.

AS bimbang jika Ankara menggabungkan S-400 dalam sisitem pertahanannya, data mengenai jet pejuang F-35 yang dibina AS boleh bocor ke tangan Rusia, dan Washington mengancam untuk menafikan akses Turki terhadap pesawat itu.

Perikatan pertahanan barat NATO, yang menganggap Turki sebagai salah satu anggotanya, juga “bimbang tentang kemungkinan akibat” pembelian S-400, kata seorang pegawai kepada AFP.

Anggota Kongres AS berulang kali menyuarakan bangkangan dan mengancam sekatan.

“Presiden Erdogan diberi pilihan yang sangat jelas, Malangnya, beliau jelas membuat pilihan yang salah,” kata Eliot Engel dan Michael McFaul, wakil Demokrat dan Republikan daripada Jawatankuasa Dewan Hubungan Luar Negara.

Ankara menolak amaran AS, dan pada Jumaat, Menteri Luar Negeri Mevlut Cavusoglu memberitahu pemberita: “Kami sudah menegaskan ini. Ia adalah perjanjian yang sudah dibuat. Proses diteruskan.” – AFP, 14 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen