CHINA menahan seorang lagi warga Kanada ketika hubungan dingin kedua-dua negara, kata kementerian luar negeri Kanada pada Sabtu, walaupun alasan penahanan masih tidak jelas.
“Hal Ehwal Global Kanada sedar penahanan warga Kanada di Yantai, China,” kata jurucakap AFP.
Beliau menambah “pegawai Kanada menyediakan bantuan konsulat” tetapi tiada butiran lanjut boleh didedahkan kerana undang-undang sulit.
Ia susulan pemenjaraan dua warga Kanada oleh Beijing awal tahun ini selepas Meng Wanzhou, ketua pegawai kewangan untuk syarikat teknologi gergasi China, Huawei, ditahan di Vancouver berhubung waran dari Amerika Syarikat.
Bagaimanapun sumber yang hampir berkata tiada petunjuk berkaitan dengan kes warga Kanada, Michael Kovrig yang merupakan bekas diplomat, dan Michael Spavor, seorang perunding.
Kedua-duanya berdepan tuduhan pengintipan dan mencetuskan persoalan sama ada ia merupakan tindak balas berhubung penangkapan eksekutif Huawei di Kanada.
China juga menjatuhkan hukuman mati dua warga Kanada lain berhubung pengedaran dadah dan menahan penjualan produk pertanian Kanada.
Masih tidak jelas sama ada penahanan terbaru ini berkaitan tangkapan 19 orang minggu lalu dalam kes dadah di sebuah cawangan sekolah bahasa di Xuzhou, sebuah bandar di barat daya Yantai.
Antara yang ditangkap ialah tujuh guru dan sembilan pelajar asing, yang mana kerakyatan tidak dinyatakan.
Kedutaan Britain di Beijing pada Jumaat mengatakan empat rakyatnya ditangkap di Xuzhou, di wilayah Jiangsu, tanpa menyatakan sama ada penangkapan itu berkaitan dengan kes dadah.
Education First yang berpangkalan di Switzerland, yang mengendalikan cawangan sekolah bahasa di China, mengeluarkan satu kenyataan minggu ini mengakui penglibatan tujuh gurunya dalam pertuduhan dadah di salah satu cawangannya di Xuzhou. – AFP, 14 Julai, 2019.
Komen