Rai perbezaan dan bukan sekadar galak toleransi, kata pemimpin agama


Alfian Z.M. Tahir

Ketua Biskop Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim berkata, rakyat Malaysia tanpa mengira agama mesti meraikan kepelbagaian selain dari menggalakkan toleransi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 13 Julai, 2019.

RAKYAT Malaysia tanpa mengira agama mesti meraikan kepelbagaian selain dari menggalakkan toleransi, kata Ketua Ketua Biskop Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim.

Beliau berkata, toleransi adalah satu konsep berbahaya yang tidak akan membantu rakyat Malaysia bersatu.

“Kita mesti beralih dari bertoleransi. Dalam Malaysia baharu ini kita mesti meraikan kepelbagaian,” katanya semasa dialog Cabaran Kebangsaan di Malaysia Baharu yang dianjurkan oleh Gabungan Bertindak Malaysia hari ini.

Bercakap lebih lanjut, beliau menggesa kerajaan mengadakan lebih banyak perbincangan terbuka antara penganut agama Islam dan Kristian.

“Mungkin sebelum ini sukar untuk melibatkan diri tetapi sekarang kita mempunyai kerajaan terbuka. Kenapa mesti tertutup untuk dialog dan perbincangan? 

“Kita perlu makmur sebagai satu negara,” katanya.  

Prof Dr Badlishah Shan Baharin dari Ikram berkata, dalam al-Quran umat Islam dan bukan Islam disuruh untuk bekerjasama bagi membangunkan sebuah negara.

“Ramai yang enggan menerima atau tidak memahami bahawa dalam al-Quran kita diberitahu untuk bekerjasama bagi membangunkan sebuah negara. Seperti kata Julian, kita mesti beralih dari toleransi tetapi menerima kepelbagaian. – 13 Julai, 2019

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen