40 terbunuh dalam hujan monsun di Asia Selatan


Banjir dan tanah runtuh akibat hujan monsun menyebabkan ribuan penduduk di Asia Selatan terpaksa berpindah ke kawasan lebih selamat. – Gambar EPA, 13 Julai, 2019.

BANJIR dan tanah runtuh akibat hujan monsun menyebabkan 40 penduduk maut di Asia Selatan dalam tempoh dua hari.

Hujan monsun yang melanda dari Jun hingga September menyebabkan kematian dan kemusnahan meluas di seluruh Asia Selatan setiap tahun.

Di Nepal, 27 orang maut akibat banjir dan tanah runtuh selepas hujan lebat melanda kawasan timur negara itu dan dataran selatan.

Jurucakap Polis Nepal Bishwaraj Pokharel berkaya, seramai 11 orang cedera manakala 15 yang lain dilaporkan hilang.

Tiga mangsa terbunuh apabila dinding runtuh di ibu kota Kathmandu.

Polis menggunakan bot untuk membawa penduduk ke lokasi selamat.

Jabatan cuaca Nepal mengeluarkan amaran di selatan Sungai Sapta Koshi hari ini dan menghantar amaran menerusi SMS kepada penduduk di kawasan itu.

Di negara jiran India, 11 kematian direkodkan di wilayah timur laut Assam dan Arunachal Pradesh.

Banjir monsun telah melanda 21 daerah di Assam yang menjejaskan ribuan orang.

Tahun lepas lebih 1,2000 orang terbunuh di seluruh Asia Selatan akibat ribut manakala penduduk di Kerala India terpaksa berdepan banjir terburuk hampir 100 tahun.  – AFP, 13 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen