Wartawan maut dalam serangan hotel di Somalia


Hodan Nalayeh bersama suaminya Farid Jama Suleiman antara 10 yang terbunuh dalam serangan keganasan di sebuah hotel di Kismayo semalam. – Gambar globintel.com, 13 Julai, 2019.

SEORANG wartawan Hodan Nalayeh antara 10 yang terbunuh dalam serangan keganasan di sebuah hotel di Kismayo semalam, lapor CBC News.

Nalayeh dan suaminya, Farid Jama Suleiman maut selepas lelaki bersenjata menyerbu Hotel Asasey di Kismayo, lapor agensi berita Xinhua.

Pemberontak al-Shabab Somalia mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Nalayeh dilahirkan di Somalia dan keluarganya berhijrah ke Kanada pada 1984 ketika berusia tujuh tahun.

Beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya dan mengembangkan kariernya sebagai wartawan di Kanada. – Bernama, 13 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen