Rakyat New Zealand serah senjata api selepas insiden serangan masjid 


Usaha kerajaan New Zealand untuk memansuhkan penggunaan senjata api merbahaya di negara itu mendapat maklum balas positif daripada rakyatnya yang menyerahkannya kepada pihak berkuasa.– Gambar EPA, 13 Julai, 2019

RAKYAT di New Zealand menyerahkan senjata api mereka susulan insiden serangan masjid di Christchurch, yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk memansuhkan senjata api semi automatik di negara itu.

Lebih 250 senjata yang diserahkan di seluruh negara berkenaan.

Kerajaan, dengan sokongan parti pembangkang, bertindak meminda undang-undang untuk memperketatkan peraturan senjata api di negara itu.

Ketua Polis Stuart Nash berkata, objektif utama langkah itu adalah untuk “mengekang senjata merbahaya daripada beredar”.

Anggota polis yang lengkap bersenjata turut memantau penyerahan itu. 169 pemilik senjata menyerahkan 224 senjata api dan 217 aksesori dan alat gantinya. Ia dimusnahkan menggunakan penekan hidraulik.

Pampasan sebanyak NZ$433,600 turut dibayar kepada mereka.

Pesuruhjaya polis Mike Johnson berkata 903 pemilik senjata di wilayah Canterbury, yang merangkumi Christchurch, mendaftarkan sebanyak 1,415 senjata api yang akan diserahkan.

“Polis menyifatkan ini sebagai satu oerubahan besar bagi masyarakat yang mematuhi undang-undang senjata api dan kita turut mendapat reaksi positif daripada masyarakat,” kata Johnson. 

“Sikap pemilik senjata api di Canterbury terhadap proses ini sangat baik.” – AFP, 13 Julai, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen