AKTIVIS transgender, Rania Zara Medina tidak patah semangat dengan kritikan ke atas pelantikannya sebagai ahli jawatankuasa Country Coordinating Mechanism (CCM).
Dalam kenyataannya di Instagram, Rania berkata beliau berkata berazam akan meneruskan usaha membantu kerajaan menjadikan negara bebas HIV.
“Kecaman minoriti dari masyarakat tidak akan menghentikan kerja-kerja perjuangan saya untuk mencapai kadar HIV sifar dalam negara menjelang 2030,” katanya.
Pelantikan Rania sebagai ahli CCM dipersoalkan pelbagai pihak, termasuk aktivis Umno yang mempersoalkan latar belakangnya sebagai seorang transgender.
Rania dilantik sebagai ahli CCM berdasarkan surat pelantikan rasmi bertarikh 25 Jun lalu.
Pelantikannya itu tersebar apabila Rania memuatkan surat tawaran rasmi dari Pejabat Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan di media sosial.
Pelantikan itu dipertahan Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye yang berkata ia mengikut prosedur yang betul.
Aktivis berkenaan merupakan pemenang ikon Transwomen Malaysia 2017/2018 dan menguasai 10 bahasa.
Sebagai ahli CCM. beliau mewakili Malaysia bagi mendapatkan dana Globalfund sebuah badan kewangan antarabangsa bagi membanteras epidemik HIV, AIDS, tuberkulosis dan malaria. – 13 Julai, 2019.
Komen