51 cedera gempa landa selatan Filipina 


Penduduk selata Filipina keluar daripada bangunan berikutan gempa yang melanda kawasan itu. Enam orang dilaporkan cedera dalam kejadian itu setakat ini. – Gambar EPA, 13 Julai, 2019

SEKURANG-kurangnya 51 orang cedera manakala beberapa bangunan rosak apabila gempa bumi melanda di selatan Filipina awal pagi tadi.

Gempa berukuran 5.8 magnitud itu melanda timur laut kepulauan Mindanao pada pukul 4.42 pagi waktu tempatan pada kedalaman 11.8 kilometer.

Menurut penduduk, ia turut disusuli dengan tiga gegaran kecil.

Pegawai polis di pekan Madrid berhampiran pusat gempa itu terpaksa berlindung di bawah meja apabila gegaran menyebabkan tingkap kaca pecah dan berterbangan,” kata ketua polis Leftenan Wilson Uanite.

“Kami lihat ramai penduduk keluar daripada rumah mereka. Sejumlah kediaman penduduk turut mengalami kerosakan seperti rekahan pada dinding dan setakat ini, enam orang dilaporkan cedera,” kata Uanite kepada AFP. 

Pesakit di Hospital Daerah Madrid turut dipindahkan berikutan dindingnya retak, tambahnya.

Bumbung di kawasan parkir kereta turut runtuh, menyebabkan kerosakan kepada dua jentera bomba dan tiga buah kenderaan awam, kata Uanite.

Filipina merupakan antara negara yang berada dalam Lingkaran Api Pasifik, iaitu satu rangkaian aktiviti seismik yang terbentang dari Jepun melalui Asia Tenggara merentasi lembangan Pasifik. – AFP, 13 Julai, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen