GEMPA bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Barat Laut Kepulauan Ryukyu, Jepun pada jam 8.57 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini memaklumkan gempa dengan kedalaman 239 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku pada jarak 350km utara dari Naha, Jepun.
Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama, 13 Julai, 2019
Komen