Pesawat tergelincir, lapangan terbang Greece ditutup


Pesawat membawa 46 penumpang dan tiga anak kapal jenis ART42 itu berjaya mendarat tanpa kemalangan dan tiada kecederaan berlaku, tambah agensi lagi. – Gambar naxopress.gr, 13 Julai, 2019.

LAPANGAN terbang di Pulau Naxos, Greece ditutup semalam selepas sebuah pesawat tergelincir, kata agensi penerbangan awam.

Pesawat membawa 46 penumpang dan tiga anak kapal jenis ART42 itu berjaya mendarat tanpa kemalangan dan tiada kecederaan berlaku, tambah agensi lagi.

Kejadian berlaku apabila penerbangan Sky Express itu dalam perjalanan berlepas pada jam 1430 GMT ke Athens.

Penumpang kemudiannya dibawa ke destinasi menggunakan feri.

Lapangan terbang itu masih ditutup sementara menunggu ia dialihkan ke lokasi selamat, kata agensi lagi. – AFP, 13 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen