PENGGUNA jalan raya mempunyai beberapa jam sahaja lagi untuk membuang tabiat buruk semasa memandu sebelum ISistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dilaksanakan esok.
Pemilik kenderaan yang melanggar undang-undang di bawah sistem yang mengintegrasikan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara), secara automatik akan kehilangan mata.
Sistem mata demerit Kejara:

Pada masa ini, mata demerit dikreditkan kepada pesalah trafik apabila mereka membayar denda Jabatan Pengangkutan Jalan atau saman mahkamah.
Mata akan dikurangkan kepada separuh jika pengguna jalan tidak melanggar undang-undang lalu lintas selama setahun atau dipadamkan jika tiada kesalahan lalu lintas selama dua tahun berturut-turut.
Terdapat 14 kamera AES beroperasi di seluruh negara dengan tujuh kamera akan dipasang tidak lama lagi.
Mata demerit akan dikreditkan kepada pesalah trafik yang melanggar mana-mana daripada 23 kesalahan di bawah Akta Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017.
Termasuk dalam 23 kesalahan itu adalah tidak memberi laluan kepada kenderaan di lorong memotong, sehingga kepada tidak memakai tali pinggang keselamatan semasa memandu.
Di bawah AWAS, setiap pemandu bermula dengan 0 mata. Jika pemandu mencapai 20 mata, dia akan mendapat amaran pertama.
Bagaimanapun, mata yang terkumpul akan ditolak separuh jika pengguna jalan raya tidak melanggar undang-undang lalu lintas selama setahun atau dipadamkan jika tidak melanggar undang-undang lalu lintas selama dua tahun berturut-turut.
Pengguna juga boleh dikenakan denda RM150 bagi kesalahan tetapi mereka tidak akan mendapat mata demerit.
Sistem yang dilancarkan pada Mei tahun lepas, bagaimanapun, ditangguhkan ke 15 April, esok
Akta Pengangkutan Jalan dipinda pada 2016 untuk membolehkan pelaksanaan Awas. – 14 April, 2017.

Komen