TIGA anggota sukarelawan yang sedang bertugas cedera dalam satu kejadian letupan bom di Mukim Benang Sareng, Muang, Yala, selatan Thailand.
Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi (waktu tempatan) hari ini, ketiga-tiga anggota sukarelawan sedang mengawal keselamatan jalan raya di Kg Berangan yang menghala ke sekolah.
Penolong Ketua Polis Siasatan Daerah Muang Kapt. Pol. Kijsupa Jareuenporn berkata siasatan awal polis mendapati bom buatan sendiri seberat 10 kilogram dipasang dalam sebuah kotak besi dan diletakkan di tepi tiang elektrik sebelum diaktifkan dengan walkie-talkie.
“Dua motosikal milik mangsa turut rosak akibat letupan,” katanya ketika dihubungi.
Mangsa yang cedera digegaskan ke Hospital Pusat Yala untuk rawatan. – Bernama, 12 Julai, 2019
Komen