Imigresen sahkan kematian pelajar Afrika dalam tahanan


Alfian Z.M. Tahir

Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan berkata, pelajar Universiti Lim Kok Wing Thomas Orhions Ewansiha, 34, pada mulanya ditahan pada 4 Julai sekitar 10.45 malam di Desa Aman Puri di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.

JABATAN Imigresen mengesahkan seorang pelajar warga Nigeria meninggal dunia selepas ditahan dalam serbuan minggu lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan berkata, pelajar Universiti Lim Kok Wing Thomas Orhions Ewansiha, 34, pada mulanya ditahan pada 4 Julai sekitar 10.45 malam di Desa Aman Puri di Kuala Lumpur.

“Mangsa melarikan diri tetapi pasukan penguat kuasa berjaya menangkapnya. Dia kemudian menyerahkan pasportnya dan pemeriksaan menunjukkan dia memiliki pas pelajar yang sah.

“Bagaimanapun tindakan mangsa melarikan diri dari serbuan itu menimbulkan keraguan tentang kesahihan pas pelajarnya,” katanya.

Thomas disyaki memiliki dokumen menyalahi undang-undang atau palsu termasuk permit kemasukan tetapi dia ditahan mengikut Seksyen 51 (5) (b) di bawah Akta Imigresen.

Khairul Dzaimee berkata, serbuan dijalankan susulan aduan orang ramai sejak Mac hingga April berkaitan kemasukan warga Afrika di kawasan berkenaan.

“Kami menerima aduan sejak Mac melibatkan suspek yang dikatakan tidak mempunyai pas sah dan kehadiran mereka menjejaskan penduduk tempatan. Mereka didakwa mengedar dadah, menawar khidmat pelacuran dan mabuk di ruang terbuka.

“Laporan dibuat selepas penduduk sekitar berasa tidak selamat di situ,” katanya.

Menurut Khairul Dzaimee, seramai 20 warga asing ditahan dalam serbuan 4 Julai lalu termasuk Thomas.

“Kesemuanya kemudian dibawa ke pejabat Imigresen Kuala Lumpur sebelum dihantar ke depot Imigresen Bukit Jalili pada 5 Julai sekitar tengah hari.

“Mereka dilayan dengan baik mengikut prosedur operasi standard untuk tahanan. Thomas juga diberi rawatan perubatan untuk luka lama yang dihadapinya dan memaklumkan kepada pegawai bahawa dia tidak mengalami sebarang penyakit,” katanya.  – 12 Julai, 2019

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen