Mahkamah benar permohonan Zunar cabar larangan ke luar negara


Diyana Ibrahim

Pada 17 Oktober lalu, Zunar ditahan pegawai Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika hendak berlepas ke Singapura untuk menghadiri sebuah forum. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 April, 2017.

MAHKAMAH Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada permohonan kartunis Zunar bagi mencabar larangan ke luar negara yang dikenakan ke atas beliau sejak Oktober lepas.

“Saya mahu perintah mahkamah untuk membatalkan larangan tersebut kerana ia bertentangan dengan Artikel 5(1),” kata Hakim Zaki Abdul Wahab di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta.

Kebenaran itu adalah langkah perundangan pertama sebelum cabaran sebenar boleh dibuat.

Zunar atau Zulkifli SM Anwar Ulhaque, 54, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi melalui peguamnya, N Surendran dan Melissa Sassidaran.

Pada 17 Oktober lalu, Zunar ditahan pegawai Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika hendak berlepas ke Singapura untuk menghadiri sebuah forum.

Tanpa menyatakan alasan kukuh, pegawai tersebut memaklumkan arahan larangan tersebut dikeluarkan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar sejak 24 Jun lalu. – 14 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen