Rusia salahkan AS kejadian di perairan Teluk 


Situasi ini semakin membimbangkan, kata Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov. – Gambar EPA, 11 Julai, 2019.

RUSIA hari ini menyalahkan Washington atas ketegangan yang semakin memuncak dengan Tehran selepas Britain berkata kapal Iran cuba menghadang kapal tangki minyaknya di perairan Teluk.

“Situasi ini semakin membimbangkan,” Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov dipetik sebagai berkata oleh aganesi berita RIA Novosti.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov membritahu pemberita beliau menyedari bahawa “insiden itu didakwa itu berlaku” dan juga penafian Tehran.

“Seperti sebelum ini, kami menyeru kepada semua orang supaya mematuhi sekatan di perairan Teluk untuk mengelakkan perkara buruk,” katanya, sambil menggesa rundingan diadakan.

Britain berkata tiga kapal Iran cuba menghalang laluan sebuah kapal tangki minyak Britain, British Heritage.

Susulan itu, Britain mengerahkan tiga kapal perang untuk memberi amaran dan mengusir kapak Iran itu.

Ryabkov menyifatkan tindakan Britain itu “keterlaluan” dan berkata mereka bukan sahaja telah melanggar undang-undang antarabangsa tetapi juga undang-undang Kesatuan Eropah. – 11 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen