Guan Eng, pembangkang bertekak tentang 1MDB, Kojadi


Ragananthini Vethasalam

Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat berkata hutang 1MDB sejumlah kira-kira RM51.015 bilion sementara asetnya masih belum dinilai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 11 Julai, 2019.

LIM Guan Eng bertekak dengan blok pembangkang di Dewan Rakyat hari ini berhubung jawapannya tentang 1Malaysia Development Bhd(1MDB), asetnya dan bagaimana ia menyalurkan wang menerusi yayasannya.

Menteri kewangan dan wakil rakyat pembangkang saling bertikam lidah tentang aset dan liabiliti 1MDB dan bagaimana Koperasi Jaya Diri (Kojadi) yang dikaitkan dengan MCA, parti komponen dalam Barisan Nasional, menerima wang daripada Yayasan 1MDB.

Lim berkata hutang 1MDB sejumlah kira-kira RM51.015 bilion sementara asetnya masih belum dinilai.

Tidak puas hati dengan jawapan itu dan memetik bekas CEO 1MDB Arul Kanda, Ahmad Maslan (Pontian-BN) berkata aset semasa syarikat itu RM43 bilion melebihi liabiliti semasanya RM31 bilion.

“Liabiliti semasa sudah disahkan, tetapi nampaknya rumit untuk Kementerian Kewangan menilai asetnya,” kata Ahmad.

Lim kemudian berkata walaupun hutang prinsipal ialah RM31 bilion, jumlah RM51.015 bilion itu termasuk faedah. Ini juga tidak mengambil kira RM8.9 bilion yang sudah dibayar semula.

Lim berkata penilaian aset 1MDB sukar dibuat dan itu sebabnya ada tiga syarikat audit berbeza melakukan audit terhadap akaun itu dan digantikan. – 11 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen