5 pelancong maut ribut hujan batu landa Greece


RIBUT hujan batu membunuh sekurang-kurangnya lima pelancong di utara Greece maut pada lewat Rabu, kata polis.

Pasangan Czech maut ketika angin kencang menerbangkan karavan mereka sementara seorang lelaki Rusia dan anaknya terbunuh disebabkan pokok yang tumbang, kata mereka.

Runtuhan sebuah bangunan pula menyebabkan seorang wanita dari Romania terbunuh.

Televisyen awam berkata kemungkinan terdapat lagi mangsa ribut yang membadai kawasan Khalkidiki berhampiran kota Thessaloniki. – AFP, 11 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen