Perancis dakwa temui peluru berpandu miliknya di Libya 


Peluru berpandu jenis Javelin buatan Amerika Syarikat itu ditemui di sebuah kem di selatan Tripoli.– Gambar EPA, 10 Julai, 2019

KEMENTERIAN pertahanan Perancis mendakwa peluru berpandu miliknya ditemui di pangkalan pasukan yang setia kepada Khalifa Haftar di Libya, namun nafi membekalkan senjata itu kepada kumpulan pemberontak berkenaan yang mana ia melanggar gencatan senjata Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. 

Menurutnya, peluru berpandu jenis Javelin buatan Amerika Syarikat itu ditemui di sebuah kem di selatan Tripoli yang diserahkan kepada pasukan tentera negara itu yang beroperasi di negara bergolak terbabit. 

“Ia tidak dipindahkan kepada pasukan tentera tempatan,” menurut kenyataan kementerian itu. 

Empat peluru berpandu Javelin ditemui pada 29 Jun ketika pasukan yang setia kepada kerajaan yang diiktiraf PBB di Tripoli menyerbu sebuah pangkalan di Gheryan yang digunakan oleh pemberontak Haftar. 

Ia ditunjukkan kepada wartawan ketika itu, membawa kepada penyiasatan Washington bagi mencari siapa pemilik senjata berkenaan. 

“Senjata berkenaan adalah untuk perlindungan pasukan yang menjalankan misi risikan dan membanteras pengganas,” kata Perancis dalam satu kenyataan. – AFP, 10 Julai, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen