SEORANG lelaki Iraq dijatuhi hukuman penjara di mahkamah Jerman hari ini atas kesalahan merogol dan membunuh seorang remaja.
Kematian tragis Susanna Maria Feldman, 14, mencetuskan kemarahan ramai dan Parti Alernative for Germany (AfD) membawa kematian mangsa dalam kempen mereka untuk menentang polisi suaka Canselor Angela Merkel.
Tertuduh Ali Bashar, 22, yang suakanya ditolak telah disabitkan atas pembunuhan tersebut dan menjalani hukuman penjara seumur hidup.
Mahkamah di Wiesbaden yang merupakan bandar di mana pembunuhan itu berlaku pada Mei tahun lalu juga mendapati jenayah itu sesuatu yang luar biasa yang bermaksud Bashar tidak mungkin diberikan parol selepas 15 tahun. – AFP, 10 Julai, 2019.
Komen