Juruteknik pesawat maut tersepit pintu gear pendaratan


Seorang pelatih juruteknik di India maut hari ini setelah tersepit dalam pintu gear pendaratan sebuat pesawat SpiceJet ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Lapangan Terbang Kolkata, India. – Gambar EPA, 10 Julai, 2019

SEORANG pelatih juruteknik di India maut hari ini setelah tersepit dalam pintu gear pendaratan sebuat pesawat SpiceJet ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Lapangan Terbang Kolkata, India. 

SpiceJet dalam satu kenyataan berkata, pintu hidraulik gear pendaratan utama itu tertutup dan menyebabkan mangsa Pandey, 26, terperangkap.

“Pintu hidraulik itu dipecah bagi menyelamatkan mangsa namun dia disahkan sudah meninggal dunia.

“Seluruh keluarga SpiceJet turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku,” katanya.

Pengarah Lapangan Terbang Kaushik Battacharya berkata, tekanan hidraulik menyebabkan mangsa tersedut ke bahagian bawah pesawat Bombardier Q4000 dari Kanada itu.

“Mayat mangsa terpaksa dipotong untuk dikeluarkan dari kawasan itu,” katanya. – AFP, 10 Julai, 2019 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen