SPRM rampas RM334 juta sejak Ogos 2016


Asila Jalil

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya turut membuka 952 kertas siasatan bagi tempoh antara Ogos 2016 hingga Ogos tahun ini semasa berucap pada majlis perasmian bangunan barunya di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober, 2017.

SEJUMLAH RM334 juta aset dan wang tunai dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh antara Ogos 2016 hingga Ogos 2017.

SPRM juga telah membuka 952 kertas siasatan bagi tempoh yang sama, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad hari ini.

Dzulkifli bercakap semasa perasmian bangunan baru SPRM di Putrajaya dan ulang tahun ke-50 agensi itu.

“Sejak menerajui SPRM pada 1 Ogos tahun lepas, seluruh pasukan sangat komited dan menunjukkan dedikasi dalam kerja mereka.”

Dzulkifli berkata sebanyak tuduhan berkaitan dengan 405 kes dan 910 penangkapan telah difailkan, manakala 6,419 maklumat dikumpulkan sehingga Ogos tahun ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk Yayasan Prihatin SPRM untuk memastikan kebajikan ahli-ahlinya.

“Saya tahu mereka (pegawai SPRM) bekerja keras, siang dan malam. Oleh itu, kita perlu menyokong mereka.

“Mereka harus terus berjuang (korupsi) kerana ia adalah ancaman kepada negara, ketamadunan kita, rakyat dan masa depan kita.

“Bila kita dapat memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, negara akan lebih berjaya dandihormati, sebagaimana visi kita menuju TN50 (Transformasi Nasional 2050),” katanya kepada orang ramai.

Dzulkifli berkata yayasan itu bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dan lain-lain yang dihadapi kakitangan SPRM dan keluarga mereka.

Beliau berkata yayasan itu juga akan mengagihkan dana kepada orang ramai yang menghadapi masalah kewangan yang teruk.

“Sesiapa sahaja boleh menyumbang kepada Yayasan Prihatin sebagai tanda sokongan penubuhannya. Semua sumbangan akan dicatat untuk memastikan ketelusan.” – 1 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Kalau tangkap ikan bilis sudah RM334juta, Najib dah berpuluh billion tidak ditangkap, berapakah banyak keselurahan nya? Beratus BILLION? Apa beratus juta banding dengan beratus BILLION? Siapa kata GST diperlukan?

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Bigjoe Lam · Ulasan