SEKURANG-kurangnya 24 orang termasuk dua wanita mengandung terbunuh dalam kejadian keganasan antara puak di Papua sebuah kawasan pergunungan di Papua New Guinea, dan perdana menteri berkata satu tindakan pantas akan diambil.
Pihak berkuasa berkata kejadian yanng berlarutan selama tiga hari itu berlaku di wilayah Hela, iaitu rantau di barat negara itu.
Konflik antara puak di Papua New Guinea berlaku sejak berabad lamanya tetapi ia semakin parah dengan kebanjiran sejata automatik.
“Dua puluh empat orang disahkan terbunug dalam masa tiga hari, boleh jadi meningkat hari ini,” kata pentadbir wilayah Hela, William Bando.
“Kita masih menunggu penerangan dari pegawai.”
Bando berkata sekurang-kurangnya 100 anggota polis akan dikerahkan untuk membantu 40 pegawai tempatan.
Kejadian itu menggemparkan seluruh negara dan Perdana Menteri James Marape yang baru dilantik. Beliau berasal dari kawasan konflik tersebut.
Marape berikrak tahap keselamatan akan dipetingkatkan dan memberi amaran konflik mesti segera dihentikan.
“Hari ini merupakan hari yang paling sedih dalam hidup saya.
“Ramai kanak-kanak dan ibu yang tidak bersalah dibunuh di kawasan pengundi saya di kampung Munima dan Karida,” katanya dalam satu kenyataan.
“Saya tidak akan teragak-agak kenakan tindakan keras ke atas penjenayah.”
Punca kejadian masih tidak dapat disahkan tetapi kebanyakan konflik tercetus akibat kecurian, rogol atau perebutan sempadan kawasan puak. – AFP, 10 Julai, 2019.
Komen