ISU hukuman penjara selama setahun yang dijalani pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin atas kesalahan hasutan akan dibincangkan dengan perdana menteri, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Katanya, hukuman atas sabitan kesalahan menghina Sultan Selangor mengikut Akta Hasutan memeranjatkan kerana tidak melambangkan sentimen baharu dalam pentadbiran Pakatan Harapan.
“Jadi maknanya, kerangka pemikiran usang, lapuk, jumud itu masih nampaknya wujud dalam pentadbiran.
“Saya akan merujuk perkara ini dan akan dengan perdana menteri. Hari ini kita tidak mahu ganggu sebab nak ucap selamat hari jadi dan ulang tahun kepada beliau.
“Kita (mahu) beliau tenang dan gembira hari ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang mengekalkan sabitan ke atas Wan Ji dan menambah hukuman penjara kepada setahun.
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin pagi ini berkata kerajaan masih meneliti Akta Hasutan 1948 dan belum ada keputusan mengenainya sama ada dimansuhkan atau dipinda. – 10 Julai, 2019.
MENYUSUL
Komen