KELUARGA remaja perempuan 17 tahun yang maut ditembak anggota polis di California meminta peguam negara menjalankan siasatan bebas atas pembunuhan anak mereka, semalam.
Hannah Williams ditemui mati oleh keluarganya pada Jumaat lalu selepas ditembak seorang anggota polis Fullerton dekat rumah mereka di Anaheim di selatan Los Angeles.
Pihak berkuasa enggan membincangkan mengenai kes tersebut atau memberi sebarang makluat mengenai kejadian tembakan itu. Bagaimanapun, semalam polis berkata sepucuk pistol tiruan menyerupai Beretta 92F ditemui dekat mangsa.
Pejabat peguam daerah Orange County berkata anggota polis yang sedang bertugas ketika itu sedang membawa anjing K-9nya ke klinik veterinar bagi bagi rutin bulanan jabatan apabila ternampak remaja tersebut memandu dengan laju.
Jurucakap keluarga mangsa, Reverend Jarrett Maupin menegaskan bahawa Wiliams tidak bersenjata dan tidak pasti siapakah pemilik pistol tiruan itu.
Menurut Maupin, ketika kejadian Williams memandu kereta sewa dan remaja itu sering membiarkan orang lain memandu.
Ahli keluarga remaja perempuan itu berkumpul di luar bangunan Dewan Bandaraya Anaheim semalam dan menuntut jawapan serta mendesak satu siasatan bebas dijalankan.
“Orang awam mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku dan apakah anggota polis berkenaan mengikut semua polisi dan prosedur. Kami ragu-ragu,” kata keluarga Williams dalam satu kenyataan. – AFP, 10 Julai, 2019.
Komen