Pendakwa minta tangguh bicara Najib kes 1MDB


Bede Hong

Pasukan pendakwaan kes Najib Razak mohon penangguhan dua perbicaraan lain hingga selesai pertuduhan berhubung jenayah melibatkan SRC International Sdn Bhd. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Julai, 2019.

PASUKAN pendakwaan kes Najib Razak memohon mahkamah menangguhkan dua perbicaraan lain ke atas bekas perdana menteri itu sehingga selesai pertuduhan berhubung jenayah melibatkan SRC International Sdn Bhd.

Timbalan pendakwa raya Budiman Lutfi Mohamed mengemukakan usul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon perbicaraan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditetapkan bermula 17 Ogos ini, ditangguhkan.

Najib berdepan 25 pertuduhan jenayah melibatkan skandal 1MDB.

Mereka juga memohon penangguhan perbicaraan kes bagi pertuduhan meminda laporan audit 1MDB, yang dijadualkan bermula November ini.

Perbicaraan kes SRC International sudah bermula sejak 3 April lalu dan ditetapkan sehingga 15 Ogos ini.

EDITORIAL: Demi Keadilan Untuk Najib

Usul itu dikemukakan selepas Hakim Collin Lawrence Sequerah yang mengendalikan kes 1MDB memutuskan minggu lalu bahawa perbicaraan mesti dijalankan bermula 19 Ogos.

“Pendakwaan berhasrat memanggil 20 lagi saksi, pada peringkat ini dalam perbicaraan SRC, walaupun keadaannya dinamik,” kata Budiman dalam afidavit sokongan yang dilihat oleh The Malaysian Insight.

“Bagaimanapun, jelas bagi tujuan persiapan perbicaraan, adalah sangat mustahil perbicaraan SRC selesai pada tarikh yang ditetapkan.” – 10 Julai, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen