PUTRAJAYA akan membuat rang undang-undang (RUU) baharu bagi meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 esok, selepas RUU terdahulu ditarik balik.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bacaan pertama RUU itu tidak mengambil kira pendaftaran automatik dan peruntukan untuk calon pilihan raya.
“Dalam bacaan pertama, kami tidak memasukkan sama ada nama pengundi akan dimasukkan secara automatik atau sama ada mereka perlu mendaftar.
“Yang seterusnya adalah (berkenaan dengan calon pilihan raya),” kata Dr Mahathir kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata pihak pembangkang sudah menyatakan komitmen untuk RUU sebaik sahaja kedua-dua peruntukan tersebut dimasukkan.
Terdahulu, taklimat oleh Dr Mahathir diadakan dengan ahli pembangkang mengenai pindaan yang akan dibuat kepada RUU.
Beliau menambah yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga bagi RUU itu. – 10 Julai, 2019.
Berita penuh di sini
Komen