
PEMBANGKANG akan menyokong usul untuk meminda undang-undang kelayakan pendaftaran pengundi yang akan dibentangkan semula esok, kata Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata jaminan itu susulan persetujuan kerajaan berhubung pendaftaran pengundi secara automatik dan juga untuk menurunkan had umur calon.
“Saya mewakili blok pembangkang ucap terima kasih kepada Dr Mahathir Mohamad yang menerima cadangan balas daripada pihak pembangkang.
“Dari segi soal umur pengundi 18 tahun dan dalam pada masa sama juga bersetuju untuk menerima cadangan pendaftaran secara automatik dan begitu had minimum juga dengan calon umur 18 tahun,” katanya.
Beliau berkata PAS juga menjamin akan memberi menyokong usul berkenaan, yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.
Ismail berkata demikian selepas menyertai taklimat mengenai usul tersebut oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. – 10 Julai, 2019
Komen