NICKI Minaj membatalkan satu persembahannya di Arab Saudi sebagai tanda sokongan terhadap hak wanita dan gay di negara ultra konservatif itu, kata penyanyi Amerika Syarikat (AS) berkenaan.
Minaj dijadualkan tampil di Jedda minggu depan sebagai dalam satu festival kebudayaan yang mencetuskan kritikan di media sosial berhubung hak asasi manusia di negara itu.
“Selepas mengkajinya semula saya memutuskan untuk tidak meneruskan konsert di Festival Dunia Jeddah,” kata Minaj dalam satu kenyataan.
“Walaupun saya mahu membuat persembahan untuk peminat saya di Arab Saudi, tetapi selepas mengkaji tentang isu itu, saya percaya penting untuk saya menunjukkan dengan jelas sokongan saya untuk hak terhadap wanita, masyarakat LGBT dan kebebasan bersuara.”
Minaj, yang terkenal dengan lirik lagu agak keras dan video muzik agak melampau, dijadualkan membuat persembahan di festival itu, susulan negara itu mula melonggarkan sekatan terhadap hidupan selama berdekad lalu.
Antara artis lain yang dijadualkan membuat persembahan di festival itu ialah ahli muzik Britain Liam Payne dan DJ dari AS Steve Aoki. – AFP, 10 Julai, 2019.
Komen