Mesir minta Interpol jejaki artifak Tutankhamun


Mesir minta Interpol menjejaki satu artifak Tutankhamun berusia 3,000 tahun yang dijual di London dengan nilai AS$6 juta. – Gambar fail AFP, 9 Julai, 2019.

MESIR meminta Interpol menjejaki satu artifak Tutankhamun berusia 3,000 tahun yang dijual di London dengan nilai AS$6 juta walaupun Kaherah membantah penjualan itu, kata pihak berkuasa.

Rumah lelong Christie menjual tinggalan artifak setinggi 28.5cm pada harga £4,746,250 (AS$5,970,000; 5,290,000 euro) kepada seorang pembeli yang tidak dikenali pada awal Julai dalam satu jualan lelong paling kontroversi.

Tetapi kurang seminggu selepas jualan itu, Jawatankuasa Barangan Antikuiti Mesir (NCAR) berkata selepas satu mesyuarat tergempar, pendakwa negara meminta Interpol mengeluarkan pekeliling bagi menjejaki artifak itu.

Tindakan London menjual kepala “Boy King” Tutankhamun itu menyebabkan pihak berkuasa Mesir marah dan mencetuskan protes di luar rumah lelong berkenaan dengan orang ramai memegang plakad “hentikan dagang antikuiti curi”.

Artifak itu dipercayai dicuri pada 1970-an dari Kuil Karnak, di utara Luxor. – AFP, 9 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen