Belum putuskan lagi untuk ambil alih lebuh raya Gamuda, kata PM


Noel Achariam

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan belum membuat keputusan berkenaan pengambilalihan empat lebuh raya bertol. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 9 Julai, 2019.

PUTRAJAYA belum membuat keputusan berkenaan pengambilalihan empat lebuh raya bertol pada nilai RM6.2 bilion daripada Gamuda Bhd, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Kami belum buat keputusan lagi,” katanya kepada wartawan hari ini tentang pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang itu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini berkata Kabinet secara prinsipnya memberikan kelulusan pada 27 Februari, sementara Dr Mahathir meluluskan tawaran bersyarat itu pada 20 Jun.

Walaupun cadangan itu sudah diterima oleh pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, ia masih tertakluk kepada kelulusan Kabinet. – 9 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen