Cadangan RUU ekstradisi ke China ‘mati’, kata pemimpin Hong Kong


Pemimpin Hong Kong Carrie Lam pada sidang akhbar hari ini berkata RUU yang dicadangkan bagi membolehkan rakyat diekstradisi ke tanah besar China sudah mati. – Gambar AFP, 9 Julai, 2019.

PEMIMPIN Hong Kong Carrie Lam hari ini berkata rang undang-undang (RUU) yang dicadangkan bagi membolehkan ekstradisi ke tanah besar China sudah “mati”.

Negara hak kewangan itu terjebak dalam krisis terburuk apabila protes dan demonstrasi diadakan selama sebulan di seluruh negara selain insiden konfrontasi keganasan membabitkan polis dan penunjuk perasaan.

“Masih ada keraguan tentang keikhlasan kerajaan atau kebimbangan sama ada kerajaan akan memulakan semula proses itu dengan Majlis Perundangan,” kata Lam, pemimpin pro Beijing pada satu sidang akhbar.

“Jadi saya tekankan sekali lagi dini sini. Tidak ada rancangan seumpama itu. RUU itu sudah mati.”

Himpunan demi himpunan yang diadakan pada mulanya tercetus akibat cadangan RUU itu yang akan membenarkan ekstradisi rakyat ke China.

Tetapi kini ia berkembang menjadi gerakan lebih luas yang mendesak pembaharuan demokrasi dan menghentikan sekatan kebebasan di wilayah separuh autonomi itu.

Rakyat berang terhadap tindakan pemimpin pro Beijing di ibu kota itu dan pasukan polisnya susulan gas pemedih mata dilepaskan dan peluru getah digunakan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di luar Parlimen bulan lalu.

Lam hanya muncul beberapa kali saja di tempat awam sejak beberapa minggu lalu.

Tetapi hari ini beliau tampil mengadakan sidang akhbar berkenaan RUU itu.

Beliau berkata cubaan pentadbirannya untuk memperkenalkan RUU ekstradisi itu gagal, dan bersetuju bertemu pelajar di tempat awam tanpa syarat dan mengakui Hong Kong berdepan cabaran baharu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Saya simpulkan wujud masalah asas yang sudah lama terpendam dalam masyarakat Hong Kong.

“Ia mungkin masalah ekonomi, atau cara hidup, mungkin juga perpecahan politik dalam masyarakat,” katanya. – AFP, 9 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen