Perkasakan rakyat melalui reformasi perundangan, kata peguam


Chan Kok Leong

Undang-undang dan proses penggubalannya perlu diubah untuk perkasakan rakyat, kata Syahredzan Johan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 30 September, 2017.

WALAU apa pun yang akan terjadi dalam pilihan raya umum akan datang, rakyat Malaysia perlu membina Malaysia yang lebih baik dengan memerkasakan rakyat melalui undang-undang.

“Ada undang-undang yang mengawal kebebasan rakyat tetapi ia tidak memperkasakan orang Malaysia.

“Kerana itu kita perlu menyemak semula semua undang-undang yang menyekat kebebasan berucap, bersuara dan berpersatuan,” kata peguam hak asasi manusia Syahredzan Johan di Kuala Lumpur hari ini.

Menggunakan media sebagai contoh, Syahredzan berkata beliau tidak menentang pemilikan syarikat media oleh parti politik tetapi tidak boleh ada undang-undang yang menyekat peranan media.

“Undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) menyekat kemampuan media untuk memainkan peranan sebagai pihak keempat. Ia perlu dibenarkan bebas mengkritik dan mengulas tanpa (bimbang) mendapat surat tunjuk sebab daripada kerajaan.”

Cadangan terbaru supaya portal berita didaftarkan dengan kerajaan adalah satu lagi contoh sekatan yang mereka (kerajaan) mahu kenakan, katanya. – 30 September, 2017.

Untuk berita penuh sila baca di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen