Ratifikasi konvensyen PBB tidak ancam undang-undang syariah


Sheridan Mahavera

Ahli Jawatankuasa Menentang Penyeksaan, Abdelwahab Hani berkata UNCAT tidak akan menjejaskan keutuhan sistem undang-undang syariah di negara ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 11 Julai, 2019.

UMAT ​​Islam masih disebat di Arab Saudi dan beberapa wilayah di Indonesia meskipun negara tersebut menandatangani konvensyen dunia menentang hukuman penyeksaan, kejam, tidak berperikemanusiaan serta penghinaan, kata pesuruhjaya hak asasi manusia.

Kedua-duanya merupakan contoh mengapa Malaysia tidak perlu takut sistem undang-undang syariahnya akan terancam sekiranya Putrajaya meratifikasi Konvensyen Menentang Penyeksaan Dan Layanan Atau Hukuman Lain Yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan Atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT), kata pesuruhjaya dari Malaysia dan Indonesia.

Kemungkinan hukum syariah negara menjadi penghalang bagi UNCAT disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin.

Ini kerana hukuman sebat dalam sistem undang-undang syariah boleh ditafsirkan sebagai “kejam, tidak berperikemanusiaan dan menghina”.

Sekalipun Malaysia menjadi penanda tangan kepada konvensyen ini, ia masih boleh dikecualikan seperti dalam kes Arab Saudi dan Indonesia, bagi undang-undang syariah tempatan mereka.

Daripada 57 negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), 51 adalah negara menyokong UNCAT, kata Abdelwahab Hani daripada jawatankuasa PBB menentang penyeksaan.

Semua negara ini masih mempunyai sistem undang-undang syariah yang utuh. Sudan dan Brunei adalah penandatangan, sementara Oman, Surinam, Malaysia dan Iran tidak menandatangani perjanjian, kata Abdelwahab.

“Dalam konvensyen itu tidak mengatakan ia menentang undang-undang syariah, undang-undang Inggeris atau Perancis. Ini mengenai hormati terhadap maruah manusia yang merupakan prinsip dalam Islam,” kata Abdelwahab semasa pembentangannya pada dialog awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung UNCAT.

UNCAT adalah konvensyen hak asasi manusia antarabangsa terkini yang ingin diratifikasi Putrajaya selepas menarik diri daripada dua perjanjian lain berikutan reaksi negatif daripada orang Islam Melayu. – 11 Julai, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen